Skip to main content

Peraduan Mudah Menang ~Harian Metro

Syarat Penyertaan

  • Peraduan ini terbuka kepada semua warga negara Malaysia berumur 17 tahun ke atas, kecuali kakitangan Media Prima, kumpulan syarikatnya dan keluarga terdekat.
  • Peraduan Mudah Menang Harian Metro ini akan berlangsung lima minggu dari 31 Januari hingga 6 Mac 2011.
  • Penyertaan akan diadili berdasarkan jawapan yang tepat. Bagaimanapun jika terdapat lebih empat jawapan tepat, pemilihan empat pemenang mingguan akan berdasarkan slogan terbaik.
  • Hadiah yang ditetapkan tidak boleh ditukar dengan hadiah lain atau wang tunai.
  • Tarikh tutup untuk Siri 1 Minggu 1 adalah pada 12 Februari 2011.
  • Harian Metro berhak menukar hadiah kemenangan dengan hadiah-hadian lain yang sama nilainya tanpa memberi notis awal.
  • Bukti penghantaran pos tidak boleh dijadikan bukti penyertaan.
  • Harian Metro berhak menggunakan gambar, nama, alamat, informasi, dokumen mengenai pemenang dan rakaman temubual untuk tujuan pengiklanan dan promosi dari semasa ke semasa.
  • Keputusan hakim peraduan adalah muktamad dan segala surat-menyurat tidak akan dilayan.
  • Penyertaan perlu menggunakan borang asli dan jawapan hendaklah ditulis dengan terang menggunakan huruf besar.

Cara menjawab

  • Peserta hanya perlu menjawab satu (1) soalan setiap hari.
  • Jangan hantar dulu! Kumpul jawapan dari Isnin hingga Sabtu, potong dan tampal semua jawapan harian anda pada borang yang akan disiarkan dalam Metro Ahad.
  • Tulis slogan anda dengan menggunakan tidak lebih daripada lima perkataan.
  • Ingat! Semua jawapan wajib menggunakan borang asli.
  • Lengkapkan butir-butir peribadi anda dan hantar ke: Peraduan Mudah Menang Sempena 20 Tahun Harian Metro,
    NSTP (M) Berhad,
    Peti Surat 10049,
    Pejabat Pos Besar,
    50902 Kuala Lumpur.

  • Peserta juga boleh menghantar borang dengan tangan di Balai Berita, 31 Jalan Riong,
    59100 Bangsar,
    Kuala Lumpur.

Pemilihan pemenang

  • Empat pemenang akan dipilih setiap minggu dan setiap pemenang akan menerima iPad 3G.
  • Jika tiada peserta menjawab tepat, peserta hampir tepat akan dipilih sebagai pemenang.
  • Jika lebih daripada empat peserta menjawab tepat setiap minggu, pemenang akan ditentukan melalui slogan terbaik.
  • Semua penyertaan yang betul layak untuk diundi bagi memilih 20 pemenang utama.
  • Nama pemenang akan disiarkan di Harian Metro pada Sabtu, seminggu selepas tarikh tutup setiap minggu peraduan.

Comments

mobile262 said…
@@peraduan dah tamat