SERTAI PERADUAN TERKINI DI MALAYSIA DAN MENANGI PELBAGAI HADIAH MENARIK YANG DITAWARKAN.
Search This Blog
Peraduan Mudah Menang ~Harian Metro
Syarat Penyertaan
Peraduan ini terbuka kepada semua warga negara Malaysia berumur 17 tahun ke atas, kecuali kakitangan Media Prima, kumpulan syarikatnya dan keluarga terdekat.
Peraduan Mudah Menang Harian Metro ini akan berlangsung lima minggu dari 31 Januari hingga 6 Mac 2011.
Penyertaan akan diadili berdasarkan jawapan yang tepat. Bagaimanapun jika terdapat lebih empat jawapan tepat, pemilihan empat pemenang mingguan akan berdasarkan slogan terbaik.
Hadiah yang ditetapkan tidak boleh ditukar dengan hadiah lain atau wang tunai.
Tarikh tutup untuk Siri 1 Minggu 1 adalah pada 12 Februari 2011.
Harian Metro berhak menukar hadiah kemenangan dengan hadiah-hadian lain yang sama nilainya tanpa memberi notis awal.
Bukti penghantaran pos tidak boleh dijadikan bukti penyertaan.
Harian Metro berhak menggunakan gambar, nama, alamat, informasi, dokumen mengenai pemenang dan rakaman temubual untuk tujuan pengiklanan dan promosi dari semasa ke semasa.
Keputusan hakim peraduan adalah muktamad dan segala surat-menyurat tidak akan dilayan.
Penyertaan perlu menggunakan borang asli dan jawapan hendaklah ditulis dengan terang menggunakan huruf besar.
Cara menjawab
Peserta hanya perlu menjawab satu (1) soalan setiap hari.
Jangan hantar dulu! Kumpul jawapan dari Isnin hingga Sabtu, potong dan tampal semua jawapan harian anda pada borang yang akan disiarkan dalam Metro Ahad.
Tulis slogan anda dengan menggunakan tidak lebih daripada lima perkataan.
Ingat! Semua jawapan wajib menggunakan borang asli.
Lengkapkan butir-butir peribadi anda dan hantar ke: Peraduan Mudah Menang Sempena 20 Tahun Harian Metro,
NSTP (M) Berhad,
Peti Surat 10049,
Pejabat Pos Besar,
50902 Kuala Lumpur.
Peserta juga boleh menghantar borang dengan tangan di Balai Berita, 31 Jalan Riong,
59100 Bangsar,
Kuala Lumpur.
Pemilihan pemenang
Empat pemenang akan dipilih setiap minggu dan setiap pemenang akan menerima iPad 3G.
Jika tiada peserta menjawab tepat, peserta hampir tepat akan dipilih sebagai pemenang.
Jika lebih daripada empat peserta menjawab tepat setiap minggu, pemenang akan ditentukan melalui slogan terbaik.
Semua penyertaan yang betul layak untuk diundi bagi memilih 20 pemenang utama.
Nama pemenang akan disiarkan di Harian Metro pada Sabtu, seminggu selepas tarikh tutup setiap minggu peraduan.
Comments